Adsense

Kesihatan Mr. Grey Semakin Merosot Sukar Bercakap & Tidak Jelas, Ini Perkongsian Pengurus & Kakak Fendy Bakry



Di saat namanya kian naik dan semakin dikenali, pelakon drama Mr. Grey dilaporkan mengalami sakit yang agak misteri dan sukar mengetahui puncanya.

Menurut wakil syarikat pengurusan Fendy Bakry , Fadzil Zahari, Prokuya Studios, pelakon ini secara tiba-tiba jatuhsakit ketika hampir habis pengambaran di Melaka.


Oleh itu, Fendy telah dikejarkan ke Hospital Melaka dan seterusnya mendapat rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, media tempatan turut menghubungi kakak kepada Fendy, Fahaniza memberitahu keadaan kesihatan adiknya ini semakin merosot sehingga sukar bercakap hingga percakapannya semakin tidak jelas.

Malah, Fendi semakin lemah sehinggakan pegang telefon pun tidak boleh.



Buat pengetahuan semua, Fendy telah pulang ke kampung halamannya di perlis untuk mendapatkan rawatan perubatan secara islam untuk mengetahui apakah punca sebenar dan penyebab penyakit Mr. Grey ini.

“Maaf… Fendy tidak boleh menjawab panggilan ketika ini kerana dia sukar bercakap.



“Keadaannya juga lemah selain pergerakannya terbatas sampai hendak pegang telefon pun tidak boleh



“Setakat ini kami (keluarga) sudah membawanya menjalani beberapa pakar rawatan perubatan Islam namun keadaannya masih sama.



“Insya-Allah kami akan terus berusaha dan saya bagi pihak keluarga juga berterima kasih kepada peminat yang tidak jemu-jemu mendoakan kesihatan Fendy,” ujar kakaknya kepada mStar Online.



Apapun, MH doakan semoga Fendy pulih dan sihat seperti sedia kala. Zaman sekarang memang macam-macam perkara boleh terjadi. Lagi pula sekarang ini nama Fendy naik mencanak, yang penting jangan lupa untuk dekatkan diri dengan Sang Pencipta.


sumber : mediahiburanAstro Awani & mStar Online